Sunday, 31 August 2014

Asasi sains UiTM Puncak Alam 14/15 :)

Assalamualaikum,


Another Chapter in my life

Aq nak cerita tentang kehidupan aku kat UiTM Palam ni .
Aq rasa macam cepat sangat waktu berjalan . sebab aq xangka yg aku dah nak habis sem satu dah .
And then sem 2 and then Degree plak . Fuhh ~ macam cepat sangat je semua ni ..


UiTM di hatiku :)

Alright .. pertama sekali aq mendaftar sebagai mahasiswa UiTM kat depan bangunan A2(pelajar Degree perempuan tinggal situ). Waktu tu 3 Jun 2014 (pndaftaran ada 3 hari 1,2 and 3 Jun 2014).
Disebabkan aku daftar 3 Jun so sudah terang lagi bersuluh lah yg au punya MDS sekejapp ! wktu tu perasaan aq memang bahagia gila kod. Of course lahh kann .. siapa je yg suka Orientasi ..? (MDS tu orientasi)
Daripada Kolej Kediaman nak pergi entrance dia bapak jauhh !



Waktu pendaftaran kitorg dapat starter kit.
Starter kit ialah :

  • BEG (WARNA BIRU DGN WARNA COKLAT JE ADA). aq dpt warna biru dan aq tulis nama aq kat beg tu dgn marker hitam sbb xnak tertukar or worse HILANG! .
  • PEN UiTM (DAKWAT HITAM)
  • TALI LEHER (LELAKI)
  • TUDUNG PURPLE YG SUSAH NAK DIPAKAI (PEREMPUAN CKP MCM TU XD haha ...)


minggu destini siswa/siswi

Kalau dekat sekolah dulu2 .. Orientasi cikgu yg uruskan . Tapi kalau kat sini abg2 dgn kakak2 Degree je and MPP UiTM Shah Alam . garang ? depends laa .. ada yg baik.. ada yg kelakar.. ada yg xbrapa nak baik.. ada yg bagus .. (dah nama manusia mestilah berbeza kan ?)

Bangun seawal 5 pagi  dan balik pulak seawal 12 malam . Mandi ? haha ... you wish ! 
sebab tu disarankan agar korg jangan lupa letak perfume dalam beg ye waktu MDS.^^

Kitorg punya MDS mainly location dia dekat Surau Ibnu Sina yg baru siap tu. Kitorg bnyak spend masa kat situ je spnjang MDS. ceramah kat situ. solat kat situ. susun borg kat situ dan sebagainya lahh .

Waktu aq masuk bnyak bangunan baru siap such as :

  • Surau Ibnu Sina
  • Perpustakan Tun Abdul Razak (panggil PTAR je.. pronounciation dia 'PITAR')
  • kolej kediaman 5 bijik ! Casuarina 1,2,3,4 dgn 5.
  • Tennis court
  • Dewan serbaguna (sebelah PTAR)
  • Unit Kesihatan (mcm klinik .. sbelah PTAR jgak)
Classmate aq (terutama perempuan) kalau nak ponteng kelas ELC (english class) mesti pergi UK unit kesihatan). SEBABNYA ? sebab sumpah kelas ELC never fun . boring sesangat !

haha .. so in a nutshell,, my MDS is really super awesome sbb skejapp je . Rabu daftar Jumaat pagi tu dah habis . Heaven kann ? waktu MDS kena ada baju kemeja putih bg lelaki n baju kurung putih bg perempuan.
Kalau yg perempuan.. hampir semua pakai baju sekolah diorg tu ... so korg jgn lah buang baju sekolah korg yg putih tu. Kalau lelaki plak mostly pakai kemeja putih yg bukan baju sekolah . Aq pun beli kemeja baru tau. sebab nanti boleh pakai buat pergi class hari isnin . Aq ada 3 kemeja untuk pergi class (akan bertambah sem2 nnti ..  haha ..)

Palam memang awesome wktu malam !

class/ lecture/tutorial/assignment/quiz/lab

Now.. we move on to another interesting topic .
Okey kalau pasal kelas nanti korg tngok lah jadual . Aq malas nak bagitau mcm mana cara nak baca jadual tu sebab nanti korg tau lah bila korg dah masuk sana nanti. 
Kelas paling awal start 8.30 pagi dan paling lambat habis pukul 6.20 ptg (bln puasa lecturer habiskan pukul 6ptg biasanya). 
Tapi jadual aq hari Rabu kelas start pukul 12.30 tngah hari habis pukul 1.30 petang . -peace- #mohonjealous! haha ...

Class - dekat Palam ni diorg agihkan ikut group. aq dapat group A8. mksudnya aq kelas A8. Ada 38 org students yg pndai2. tapi makin lama makin sikit. sekarang tinggal 36 je. Sorg perempuan keluar dpt tawaran IPG. Sorg lelaki keluar dapat tawaran Medic dekat UK. Housemate aq pun sama makin sikit. drpada 8 tingggal 6 je. Sorg keluar sbb dpt IPG. Sorg lagi keluar sbb dpat buat medic dkat Mesir. A day after MDS kitorg habis.. baru diorg tampal nama group dekat fakulti. so, board tu sesak dgn kehadiran beribu2 students (to be precise 3000+ students). kalah pasar borong ! tapi senarai group tingkat 7.. jadual kelas tingkat 5.

Tutorial - dekat Bilik Kuliah . setiap minggu korg ena siapkan soalan tutorial. setiap minggu ada soalan baru. Tapi klau xsiap tiru je lahh kawan . aq selalu tiru roomate aq haha .. *nmpak kan pemalas dia kat situ?



Gambar Google :)


Lecture- gabung 5 kelas serentak . nak datang lambat? xkisah (aq pun pernah bnyak kali). nak ponteng ? xkisah jgak (tapi suruhlah kawan korg sign attendance) . disebabkan teralu ramai students dlm lecture hall so, org2 yg ponteng ni lecturer xperasan pun .. *aq pernah ponteng lecture sbb xsihat ..
Tapi aq study lahh sendiri apa yg aq tertingggal .. internet ada buku pun ada .. so not a big deal lahh klau nak ponteng sekali . *ehh ? aq menggalakkan budaya ponteng ke ? haha ..
apa-apapun.. lecture hall Palam memang terbaik! lebih kurang mcm kat panggung wayang Cathay, TGV, GSC dan sebagainya lahh .. *Dekat setia city mall ada GSC !


Quiz - kitorg punya quiz online cuma Chemistry dgn Elc (English) je. yg lain semua quiz waktu kelas tutorial .
so, semua wajib beli buku Chemistry RM105 *mahal gila
sebab buku tu ada code untuk buat quiz online nanti. ELC tu quiz vocab grammar je yg biasanya classmate aq akan forward kan jawapan penuh dlm group whatsapp kelas. Kitorg selalu dapat full mark ! haha .. tapi aq xtau mana diorg dpt jawapan tu...
lab Physics paling besar dan luas :)



Lab - kena beli labcoat RM40.  tapi ramai classmate aq xbeli sebab diorg memang dah ada lab coat dah kat rumah. aq yg xada ni kena beli lahh .. labcoat classmate aq ada mcm2 logo . logo matrik dan sebagainya.. pakai je sbb lecturer bukan kisah pun. yg penting lab report kena hantar before due date klau xnak markah kena tolak. Mostly class Science punya lab group brcampur lelaki dan perempuan.

Assignment - Sem 1 xbnyak mana pun. Chemistry mcm biasa assignment Online (aq sarankan korg bwak laptop) klau xde laptop boleh buat dkat PTAR . ada bilik komputer yg sangat sejuk (serius sejuk gila PTAR)



Okey .. aq rasa pnjang sangat plak entry kali ni.. awalnya ingat nak buat seringkas yg boleh haha ...
Thanks sebab sudi baca sampai habis ... bye !

Wednesday, 21 May 2014

Aq sambung belajar dekat PALAM

Assalamualaikum,

Palam pada waktu malam mmg awesome !

Aku dapat Matrik Melaka tapi aq xpergi pun sbb aq dapat yg lagi better. Alhamdulillah.


Shortly they call it KMM


Hari ni aq dah check UPU dan keputusannya aq berjaya dapat pilihan pertama aku .
Apa pilihan pertama aku ..? (^_^) UiTM Puncak Alam . Asasi Sains .
Pilihan Kedua ? ... UiTM Puncak Alam . Asasi Kejuruteraan .
Kenapa aq mintak dua-dua dekat Palam ?
yes .. aq dah baca banyak blog senior sebelum aku isi borang UPU tu dan aq tau lah sikit2 pasal Palam ni .
Berdasarkan pembacaan aku di blog2 senior,, Palam ni best sebab ...
LAWA GILA !!!



Sebabnya adalah ...
  1. Keadaan Kolej kediaman (aq lagi suka panggil rumah) yang sangat selesa ala-ala hotel 3 bintang .. 
  2. Asasi cuma 1 tahun je . lpas tu aq boleh buat Degree . thumbs up !
  3. Asasi Palam ni kalau excel boleh buat Degree kat oversea (but i think i'm not quite ready to be apart from my family yet) haha .. :)))
  4. Fakulti (kelas, dewan kuliah bagai tulah) sangat cantik dan mempersonakan . Boleh kalau nak selfie ^^
  5. better dari matrik . klau matrik ada outing(keluar hangout sekali seminggu). Fenomena ni xberlaku di Palam. nak keluar sukahati lahh .. asalkan balik Kolej kediaman sebelum pukul 11 malam.
  6. Kelas start lambat dan kelas habis awal !! untunglah klau dapat nanti. Matrik start 8.30 je setiap hari . Macam xbnyak beza je dgn sekolah asrama .
  7. Banyak cuti (antara yg paling banyak cuti antara semua IPTA lain) .. tu yg paling crucial . haha ..
  8. Nanti ada dinner asasi .. klau kat MRSM mcm Annual Dinner la kod !
  9. Klau hujan pagi-pagi .. nanti ada kabus tebal . bolehlah nak rasa mcm kat Oversea skejapp~ huhu ..
  10. Dapat elaun KPM setiap sem. (bnyak tau bkn sikit!) :)))
  11. Class trip .. UiTM sponsor(mksudnya bagi duit lah) setiap kelas. so, xpayahlah nak keluarkan duit lagi. Jimat elaun KPM haha ... tapi xboleh pergi pantai.


Tapi... 
ada juga beberapa perkara yang membuatkan aku berfikir dua tiga kali nak masuk PALAM ni .
antaranya ...

gambar google

  1. Tangga Kejayaan (xnak hurai.. tngok je lahh gambar!)
  2. Buku-buku yang sangat mahal dan sangat tebal dan sangat berat !
  3. Ramai pelajar asasi ... means that persaingan smakin besar . (sbb diorg semua ni pandai2 SPM 6A's and above)
  4. kena kumpul kupon aktiviti (xpasti apa function kupon ni tapi yg pasti kena kumpul bnyak2!)


Jadi .. aq akan menjadi mahasiswa UiTM 3 Jun nanti . Semoga aku dapat melalui segala kepayahan dan cabaran yang mungkin menjadi penghalang untuk aku berjaya kelak . Insya-Allah .



Okey bye .

Friday, 21 March 2014

Keputusan SPM aku :)

Assalamualaikum,

        Belas Ihsan Google :)))      


So, xnaklah bebel pnjaaaang-pnjang kann ... ?
Tengok tajuk pun dah tau aq nak cakap apa ! :)
Aku tngok org lain sibuk post pasal result diorg so aq pun nak jgak . ahaks~
Yes .. the result was officially released yesterday and a huge congratulation from me to all of the excellent 13 970 candidates who managed to get straight A's . 11 of them came from my school :) . but .. Unfortunately .. i am not one of them .

       Belas ihsan Google lagi :)))     


Okey.. aku nak cerita sikit jelah pasal experience aq ambil result .
So, semalam aq dgn keluarga aku pun pergi lah sekolah aku nak tengok aku dapat berapa A's .
Sekolah aq MRSM Muadzam Shah .
Aku datang lambat jadi aq kena ambil result dekat pejabat .
So, aq bagitau lah nama aku , no. matrik then .. baru dia bagi slip SPM tu kat aku .
Akak tu baik gila tau sempat ckp tahniah kat aku walau xdpat straight A's but it's okay je dapat 7A.
okey .. thanks (aq ckp dlm hati je)

Aq scored 7A 2B je . tapi aku ada 5A+ and one of them is Add Maths ! yeayyy ! Add maths susah bakhang~ haha .. dulu waktu trial ramai gila gagal . Aq lulus cukup2 makan je .
But failed once doesn't mean that your whole world gonna stop . Keep trying your best and put more effort.
tengok2 aq dapat A+ Add Maths .  bestnya perasaan waktu tu . hihi^^

           to succeed in life you need two things : ignorance and confidence .         


okey lah .. malas nak buat post panjang-panjang . i will stop here . nnti aq buat post baru plak k ? nnti aq cerita lahh kat mana aku smbung belajar n ect .. thanks for reading this ^^

Thursday, 27 February 2014

Selepas episod SPMku :)

Baru-baru nie, aku dapat sms daripada pihak Giant yang menyuruh diri ini untuk bekerja pagi kol 9 pada keesokan harinya .
Wah~ excited lah kod ! 
yelah .. drpd dok umah je doing nothing and get bored baek aku gi kerja at least dapat duit woo .

eh ? ape .. korg nak tau aku kerja ape ? 
ala .. diri ini hanya bekerja sebagai cashier kat Hypermarket Giant yang famous tu la . 
ha .. eh? Gaji ? laa.. mne bole gitaw gaji aku berapa*its a secret okey .

Aku sebenarnya cuma bekerja dekat Giant untuk kumpul duit sendiri je sementara aku tengah menunggu keputusan SPM kluar bulan 3 ni*OMJAYY !! sebulan je lagi kodd.. amboi takodnyerr :(
apa-apapun .. aku xnak citer pasal SPM ni semua bagai kat entry nie..
Coz' i'm gonna share my working experience kat pasaraya tu .
Well.. dah namanya bekerja so, of course lah berbagai-bagai pengalaman dan pelanggan(customer) yang aku jumpa.
Ada yang O.K and ada jugak tu yang K.O habis ! huh! nyampah giler kod! (>_<)

Okey, so as requested, aku pun pergi la kerja esoknya lepas dapat mesej tu.
Aku pergi kerja naik bas tambang je sebab xreti bawak kereta.*lesen pun bukannya ada berangan je nak drive:)
Motor pun reti bawak sikit-sikit je .
Haritu aku sampai tempat kerja awal 10 minit .
So, aku pun bukak la kaunter lepas da dapat float. ha? korg xtaw binatang ape float nie ?
xpe-xpe .. meyh aku story :)

Kreatif je kann org johor nie (^_^) lawa ..


Firstly float tu bukan binatang ye Uolls !
Ia dipanggil wang apungan dalam bahasa melayu. kitorg kene ambik sbelum bkk kaunter .
yelahh~ habis tu kalau xde duit dalam drawer nak bagi baki kat customer pakai ape ?
Pakai daun-daun kat hutan tu ? (-_-)

Wktu baru bukak kaunter xde pun customer datang bab pukol 9 masih ramai lagi yang duk terbungkam atas katil. ish.. isk.. tido je tau . 
Jadi lahh cam aku ni yg rajin bekerja(awal 10 minit lagi) Eh perasan?.. silalah lempang diri ini.
Awal-awal bukak kaunter bolehlah duduk-duduk lagi.
Then, makin ramai customer yg datang. Dah xleyh duduk lagi la nampaknyer .

Kann best kalau dapat bilik tidur aqua camni ;)


Around 4-5 petang gituu datang satu family India dengan megahnyer membawa DUA TROLI yang sarat dengan barang-barang .
Owh.. okey aku taw diorg ni mesti beli untuk stok sebulan kann ?
And ... pastu maknya cakap kat aq bagi plastik kat dia . kerja aku scan je .
Wah .. bagus giler kod! and aku pun ape lagi bagi je la plastik banyak-banyak :)
aq pun scan je dengan gembiranya . *nampakkan pemalas dia kat situu?
and then.. da habis, customer pun bayar lahh pakai cash. banyak woo! almost RM1K tau .

Waktu diorang nak keluar tu aku tengok la dua-dua troli yang anak dia tolak . Full house kod!
Eh..? Diorg ni datang naik lori ke apa?

Tengok jam. Eh .. xsangka dah pukul 7 malam . The time has come untuk balek bebeh :)
Waktu nak balek supervisor kene check aku short ke extra ke hape . Pastu aku short seposen je . huh!
Pastu xsangka pulak dapat gaji terus haritu. 
Balek je terus aku mandi and solat isyak pastu tidur ...zzzZZzzz. 
yelaa .. penad kod kerja 10 jam berdiri je . sakit kaki aku tau tak!

sekian,