Friday, 13 March 2015

Cashier for pocket money


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 
HAHAHAHA !
k.. dah jangan gelak lagi .. nak story ni ..
hehe .. tajuk dalam bahasa Inggeris tapi disebabkan aku ni bukanlah orang yang pandai berbahasa Inggeris .. jauh sekali menulis artikel Inggeris, jadi entry kali ni aku menulis bahasa melayu je ...


Sekarang aku sedang bekerja sebagai cashier di salah sebuah pasaraya besar Econsave di Johor .. Bagi aku aku suka bekerja .. yelah .. sebab setiap hujung bulan je kitorang akan dapat gaji .. cuma gaji kitorang tidaklah sebanyak mana pun .. biasalah bila kerja di Pasaraya besar .. pekerja sangat ramai .. jadi, mestilah diorang nak untung besar kan .. kalau bagi kitorang gaji besar nanti dioraang pulak rugi besar ..


Aku bekerja dalam bidang perniagaan ni sebab aku sangat-sangat memerlukan duit . yelah .. aku ni bukannya lahir daripada keluarga yang kaya. jadi, aku kenalah kerja untuk dapatkan pendapatan lebih  . Alhamdulillah .. berkat aku tak berputus asa, dapatlah aku dengan keluarga aku berbelanja sampai 400-500 ringgit sebulan dekat MyDin  ...  hehe ..  penuh troli waktu tu ..


satu lagi aku melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebab aku perlukan pengalaman kerja .. Aku perlu tingkatkan soft skill  aku sebelum aku melangkah ke Universiti. dekat dunia ni kan kita hidup ramai-ramai .. jadi, kenalah belajar macam mana nak bekerjasama as a teamwork. yelah .. kalau aku kerja kan .. aku dapat tingkatkan skil komunikasi aku, keyakinan diri aku, kemahiran berbahasa inggeris aku, tahap kesabaran aku, kematangan aku dan sebagainya lah .. 


Jadi, aku sarankan kepada pelajar-pelajar yang baru habis SPM , janganlah korang duduk je dekat rumah .. Find a job . make yourself productive . and  think positively about your future undertaking .. 


Gracias .. bye-bye .. hehe ..

No comments:

Post a Comment