Thursday, 27 February 2014

Selepas episod SPMku :)

Baru-baru nie, aku dapat sms daripada pihak Giant yang menyuruh diri ini untuk bekerja pagi kol 9 pada keesokan harinya .
Wah~ excited lah kod ! 
yelah .. drpd dok umah je doing nothing and get bored baek aku gi kerja at least dapat duit woo .

eh ? ape .. korg nak tau aku kerja ape ? 
ala .. diri ini hanya bekerja sebagai cashier kat Hypermarket Giant yang famous tu la . 
ha .. eh? Gaji ? laa.. mne bole gitaw gaji aku berapa*its a secret okey .

Aku sebenarnya cuma bekerja dekat Giant untuk kumpul duit sendiri je sementara aku tengah menunggu keputusan SPM kluar bulan 3 ni*OMJAYY !! sebulan je lagi kodd.. amboi takodnyerr :(
apa-apapun .. aku xnak citer pasal SPM ni semua bagai kat entry nie..
Coz' i'm gonna share my working experience kat pasaraya tu .
Well.. dah namanya bekerja so, of course lah berbagai-bagai pengalaman dan pelanggan(customer) yang aku jumpa.
Ada yang O.K and ada jugak tu yang K.O habis ! huh! nyampah giler kod! (>_<)

Okey, so as requested, aku pun pergi la kerja esoknya lepas dapat mesej tu.
Aku pergi kerja naik bas tambang je sebab xreti bawak kereta.*lesen pun bukannya ada berangan je nak drive:)
Motor pun reti bawak sikit-sikit je .
Haritu aku sampai tempat kerja awal 10 minit .
So, aku pun bukak la kaunter lepas da dapat float. ha? korg xtaw binatang ape float nie ?
xpe-xpe .. meyh aku story :)

Kreatif je kann org johor nie (^_^) lawa ..


Firstly float tu bukan binatang ye Uolls !
Ia dipanggil wang apungan dalam bahasa melayu. kitorg kene ambik sbelum bkk kaunter .
yelahh~ habis tu kalau xde duit dalam drawer nak bagi baki kat customer pakai ape ?
Pakai daun-daun kat hutan tu ? (-_-)

Wktu baru bukak kaunter xde pun customer datang bab pukol 9 masih ramai lagi yang duk terbungkam atas katil. ish.. isk.. tido je tau . 
Jadi lahh cam aku ni yg rajin bekerja(awal 10 minit lagi) Eh perasan?.. silalah lempang diri ini.
Awal-awal bukak kaunter bolehlah duduk-duduk lagi.
Then, makin ramai customer yg datang. Dah xleyh duduk lagi la nampaknyer .

Kann best kalau dapat bilik tidur aqua camni ;)


Around 4-5 petang gituu datang satu family India dengan megahnyer membawa DUA TROLI yang sarat dengan barang-barang .
Owh.. okey aku taw diorg ni mesti beli untuk stok sebulan kann ?
And ... pastu maknya cakap kat aq bagi plastik kat dia . kerja aku scan je .
Wah .. bagus giler kod! and aku pun ape lagi bagi je la plastik banyak-banyak :)
aq pun scan je dengan gembiranya . *nampakkan pemalas dia kat situu?
and then.. da habis, customer pun bayar lahh pakai cash. banyak woo! almost RM1K tau .

Waktu diorang nak keluar tu aku tengok la dua-dua troli yang anak dia tolak . Full house kod!
Eh..? Diorg ni datang naik lori ke apa?

Tengok jam. Eh .. xsangka dah pukul 7 malam . The time has come untuk balek bebeh :)
Waktu nak balek supervisor kene check aku short ke extra ke hape . Pastu aku short seposen je . huh!
Pastu xsangka pulak dapat gaji terus haritu. 
Balek je terus aku mandi and solat isyak pastu tidur ...zzzZZzzz. 
yelaa .. penad kod kerja 10 jam berdiri je . sakit kaki aku tau tak!

sekian,

No comments:

Post a Comment