Friday, 13 March 2015

Cashier for pocket money


Assalamualaikum dan Salam sejahtera 
HAHAHAHA !
k.. dah jangan gelak lagi .. nak story ni ..
hehe .. tajuk dalam bahasa Inggeris tapi disebabkan aku ni bukanlah orang yang pandai berbahasa Inggeris .. jauh sekali menulis artikel Inggeris, jadi entry kali ni aku menulis bahasa melayu je ...


Sekarang aku sedang bekerja sebagai cashier di salah sebuah pasaraya besar Econsave di Johor .. Bagi aku aku suka bekerja .. yelah .. sebab setiap hujung bulan je kitorang akan dapat gaji .. cuma gaji kitorang tidaklah sebanyak mana pun .. biasalah bila kerja di Pasaraya besar .. pekerja sangat ramai .. jadi, mestilah diorang nak untung besar kan .. kalau bagi kitorang gaji besar nanti dioraang pulak rugi besar ..


Aku bekerja dalam bidang perniagaan ni sebab aku sangat-sangat memerlukan duit . yelah .. aku ni bukannya lahir daripada keluarga yang kaya. jadi, aku kenalah kerja untuk dapatkan pendapatan lebih  . Alhamdulillah .. berkat aku tak berputus asa, dapatlah aku dengan keluarga aku berbelanja sampai 400-500 ringgit sebulan dekat MyDin  ...  hehe ..  penuh troli waktu tu ..


satu lagi aku melibatkan diri dalam bidang perniagaan sebab aku perlukan pengalaman kerja .. Aku perlu tingkatkan soft skill  aku sebelum aku melangkah ke Universiti. dekat dunia ni kan kita hidup ramai-ramai .. jadi, kenalah belajar macam mana nak bekerjasama as a teamwork. yelah .. kalau aku kerja kan .. aku dapat tingkatkan skil komunikasi aku, keyakinan diri aku, kemahiran berbahasa inggeris aku, tahap kesabaran aku, kematangan aku dan sebagainya lah .. 


Jadi, aku sarankan kepada pelajar-pelajar yang baru habis SPM , janganlah korang duduk je dekat rumah .. Find a job . make yourself productive . and  think positively about your future undertaking .. 


Gracias .. bye-bye .. hehe ..

Tuesday, 10 March 2015

PANGGUNG UNTUK ORANG BUTA


Image result for beautiful movie ticket

PANGGUNG UNTUK ORANG BUTA

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua . Menonton wayang merupakan hobi yang digilai masyarakat kini lebih-lebih lagi apabila tiba musim cuti sekolah yang sampai bermingggu-mingggu tu .. mesti penuh dan sesak dengan orang ramai pelbagai kaum dekat tempat wayang tu sampai xde mood nak beratur panjang-panjang dekat kaunter .


Image result for panggung orang buta

Kini,, dunia yang semakin maju telah membolehkan orang kelainan upaya (OKU) yang buta juga dapat menonton wayang .. Pawagam khusus yang telah dibuka kepada golongan tersebut merupakan inisiatif Maybank . Pawagam ini satu-satunya di Asia Tenggara menyediakan paparan dengan Penerangan Suara (Audio Described, AD).

Image result for panggung orang buta

Apa istimewanya pawagam AD ini? Di sini ditayangkan filem AD yang dilengkapi dengan imej paparan untuk si cacat penglihatan menerusi keterangan sepanjang filem ditayangkan, selain penerangan pertukaran adegan, persekitaran, pakaian dan pergerakan badan di antara dialog atau lagu.

Image result for panggung orang buta




p.s ---> Lokasi di panggung wayang di Brickfields


Big Bad Wolf

Big Bad Wolf Books

BIG BAD WOLF
Big Bad Wolf merupakan pesta buku terbesar di Malaysia. Ramai yang datang ke pesta buku ni sebab BBW menawarkan potongan harga antara 70% sehingga 95%. Bermula pada 2009, BBW diasaskan oleh Andrew Yap dan pasangan Jaqueline Ng. BBW merupakan pesta buku yang diadakan setiap bulan di seluruh Malaysia. Contohnya bulan ni dekat Pulau Pinang, bulan depan dekat Johor pulak .. haa.. like that laa .. So that all the Malaysian people can spend their money on cheap books.

Big Bad Wolf menggunakan tema di dalam cerita dongeng si kecil pemakai tudung merah (Little Red Riding Hood) dengan menjadikan serigala di dalam kisah itu, iaitu Big Bad Wolf, datang 'menyerang' dan 'menculik' buku-buku di luar negara dan kemudian singgah di Malaysia. Oleh kerana buku-buku itu 'diculik', ia dijual dengan harga murah.

Kebanyakkan buku yang dijual merupakan buku-buku bahasa inggeris. Peminat Hunger games ? divergent? Maze runner ? harry potter ? twilight ? This is just the right place for a visit.

Kenapa jual murah sangat ?

Andrew berkata, beliau mendapatkan buku-buku ini dengan harga murah melalui pembelian lebihan stok buku dari gudang-gudang buku pengedar luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan Kanada. Ini kerana buku-buku yang tidak habis dijual di kedai-kedai buku luar negara dalam tempoh tertentu akan disimpan di dalam gudang bagi menggantikan buku-buku keluaran terkini. Oleh itu, buku-buku yang dijual di jualan Big Bad Wolf adalah buku asli dan baru.
-SUMBER WIKIPEDIA…

So, kalau ada terdengar BBW is coming around your places .. hurry go there grab the chances while it still there .. go spend your money for numerous choice of books available there .. like seriously dude ! kalau x nanti you jugak yang rugi .. hehe .. aku sayang big bad wolf !