1) Pendaftaran
batch aku start daftar bulan 6, sebelum-sebelum ni mana ada yang daftar bulan 6, semua daftar bulan 7. Aku tak tahu kenapa diorang awalkan pendaftaran, mungkin sebab nak dekat raya kod. tapi ada yg cakap sebab banjir dekat kelantan . aku xtahu lah .
Diorang akan bukak 9 kaunter. setiap kaunter ada peranan tersendiri macam kaunter utk buat kad pelajar, kaunter bayar yuran, kaunter elaun mara, kaunter asrama dan lain-lain lagi lah . 9 kaunter tu banyak tau, dalam 30 minit baru aku siap daftar. lepas tu, baru boleh pergi asrama letak barang-barang.
2) Mingggu Haluan siswa ( Orientasi)
Orientasi start masa hari pertama korang daftar lagi. kitorang panggil MHS je . MHS ni 3 hari dan aku punya batch 1997 MHS jatuh bulan puasa 22.06.15 sampai 24.06.15 jadi xde lah bnyak sangat aktiviti lasak kan .. nanti haus susah pulak .. makanan disdiakan sepanjang MHS. kalau puasa ada makanan berbuka, moreh dengan sahur diorang sediakan.
MHS ni banyak ceramah je .. bulan puasa bukannya boleh buat apa sangat pun .. taklimat uppk (exam) , taklimat disiplin, taklimat daripada UiTM.
lagi, ada EXPLORACE KENALI KPMBP. kitorang dibawa ke setiap bangunan dekat KPMBP dan fasi akan explain tentang rules dekat bangunan tu . so, kitorang taulah macam mana cara nak outing , pulang bermalam bagai tu ..
lepas tu ada pertandingan bina bangunan paling tinggi pakai lidi sate , group yg buat eiffel tower menang waktu tu .. diorang dapat hamper . lepas tu ada game buat spider web gergasi pakai tali rafia . lepas dah siap ahli group kena angkat ketua kumpulan 10 saat .
Majlis penutup MHS ada sesi pengenalan staff KPMBP. Waktu majllis penutup tu diorang ada bagitau yg kemungkkinan start sem ni elaun pelajar akan dinaikkan daripada RM300 kepada RM 320 setiap bulan. Heaven kann ? siapa xnak belajar free
3)HOSTEL
Aku tak tahu nak panggil asrama KPMBP ni hostel ke hotel sebab cantik sangat. Hostel ni ada 4 tingkat dan bilik aku tingkat 2. hostel ni xada lift tau kena guna tangga hari-hari. Setiap bilik ada 4 orang student yg sama kos dengan kau. so, semua roomates aku student akaun lah. Setiap bilik ada 4 almari (bukan lokar tau, ni memang almari kayu yg besar), 4 katil, 4 tilam, 4 meja belajar, 4 kerusi, 4 lampu belajar (melekat kat dinding) dan 4 suis utk charge phone dan sebagainya. Bantal kena bawak sendiri. aku siap bawak bantal peluk lagi, sebab malam - malam xtau nak peluk apa, peluk bantal je lah . Asrama lelaki ada 2 blok, asrama perempuan ada 3 blok. total students dalam 800 lebih je . students sem satu ada 160.
Bilik air dia bukan dekat bilik tapi dekat luar. setiap aras ada 2 bilik air , satu dekat tengah-tengah satu lagi dekat hujung . Bilik air dia sangat bersih dan selesa . ada tempat mandi, tempat buang air, tempat amik wuduk dengan tempat basuh baju. Kalau malas nak basuh baju boleh guna mesin basuh masukkan RM 2 je nanti geraklah mesin tu .
Belajar dekat KPM Bandar Penawar , student diploma akan dapat hostel sampai habis belajar, maknanya xperlu susahkan diri cari rumah sewa macam student politeknik dengan student U lain. hostel tu free pulak tu , xpayah bayar. Cuma bayar duit, buku, duit pendaftaran dengan duit makan minum je . nanti elaun dah masuk boleh buat duit makan dengan minum dekat KPM ni.
KPM lain aku tak tahulah diorang dapat duduk hostel ke tak sampai habis belajar.
4) OUTING
kalau nak outing kena scan kad pelajar dekat mesin pondok pengawal. keluar kena scan, nak masuk KPMBP semula pun kena scan jugak. Nak pergi bandar penawar kena naik bas ikan atau teksi. Bas ikan seringgit sampai terminal bas. teksi 5 ringgit, so, kalau naik 5 orang jadi seringgit sorang. teksi tu kena call baru dia datang sebab susah nak dapat teksi dekat depan kpm ni. Setiap hari boleh outing asalkan korang balik sebelum 7 malam. Bazaar Ramadhan pun selalu diorang pergi setiap kali bulan puasa. naik teksi atau bas ikan. bas tu bentuk dia macam ikan. kecik dan comel tapi panas haha ..
Nak pulang bermalam kena letak kad pulang bermalam dekat pondok pengawal, Habis je kelas korang boleh pulang bermmalam kalau rumah dekat. dan kena balik KPM semula sebelum 7 malam.
Apa-apapun aku bersyukur yang aku dapat melanjutkan pelajaran aku dekat sini. terima kasih kepada MARA yang menolong bumiputera macam kitorang ni sampai dapat sambung study free. KPM ni xde cina dan india, bumiputera sahaja. Dan KPM ada subjek bahasa tambahan iaitu bahasa mandarin. Lecturernya merupakan graduan overseas dari negara China.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteWow..nk tnye..cm yuran pngajian mara tnggung ehh??..then yuran asrma free???
ReplyDeleteThen nk tnye..sye ade bce blog nik sblom nih..mse 2014,nik ade dpt uitm for asasi kann..knpe skjp jer pastu msok kolej profesional mara?sorry bnyk tnye..just nk tau jer..
ReplyDeleteNak Tanya kan kpm bagi elaun.. Elaun tu Nanti kene bayar balik kee
ReplyDeleteAssalamualaikum,nk tanye sikit lh kpmbp nie memang blajonya free k kena bayar lepas abis blajo?
ReplyDeleteKlu bi so so je, ada mslh x bljr kt kpm ni? Dlm peksa blh jwb dlm bm tak?
ReplyDeleteHi saya nak tanya kalau nak outing tu jauh and berapa lama masa dari kpm nak ke bandar and btw bandar penawar ada ka shopping mall?
ReplyDeletePakaian time daftar n MHS mcm mana?
ReplyDeletePakaian time orentasi disediakan atau pakai je baju yang mengikuti syarat
ReplyDeleteselalu nya pakaian orentasi disediakan pihak kolej . Atau boleh pakai pakaian yang bersesuaian .Akak tolong jawab naa .. haha .. Rindu pulak KPMBP . Akak first batch Julai tahun 2008 masuk sini . masa tu elaun RM260 lagi . Tapi still heaven sebab kolej yang terbaik dan berbaloi kalau dapat masuk .
DeleteSy berminat nak masuk kan anak saya ke sini..untuk kos pengurusan logistik..berkenaan apakah kursus ini
ReplyDeleteBila ambilan kedua dibuka
ReplyDelete